Tuesday, July 17, 2012

...Unsur Humor dalam Ceramah Motivasi...

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah...akhirnya ana dapat menyelesaikan tugasan penulisan ilmiah iaitu " Unsur Humor dalam Ceramah Motivasi"... (>.<)


ABSTRAK

Ceramah motivasi yang disampaikan dengan unsur-unsur humor mampu menjadi wadah kajian dalam bidang bahasa Melayu dan mencabar untuk dikaji.  Ternyata, unsur humor bertindak sebagai ‘senjata’ nasihat kepada umum secara tersirat dan bukan semata-mata untuk tujuan berjenaka dan bergurau. Kajian ini membincangkan secara mendalam tentang unsur humor yang terdapat dalam ceramah tokoh motivasi negara iaitu Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada tiga buah tajuk ceramah iaitu Menangani Stres, Mengenal Peribadi Anda yang Sebenar dan Petua untuk Sentiasa Ceria. Ceramah yang telah dipindahkan dalam bentuk teks transkripsi dianalisis dengan teliti dari sudut kekerapan unsur humor yang digunakan. Unsur ini telah dikenal pasti berdasarkan sembilan jenis humor menggunakan pendekatan Abdul Rahman Abdul Aziz (2007) antaranya komen lucu, jenaka, aksi lucu, sindiran lucu dan kaedah pencerita yang dramatik. Seterusnya, unsur humor dalam ceramah yang telah dikenal pasti sama ada dalam bentuk perkataan, frasa atau ayat akan dianalisis pula dengan menggunakan pendekatan oleh Nik Safiah Karim (2009). Penganalisisan ini dikaji dari aspek empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kesemua empat golongan kata mempunyai peranan dalam unsur humor dan idea ceramah. Secara tuntas, kajian ini telah membuktikan bahawa unsur humor dalam ceramah motivasi sangat penting sebagai daya penarik dan merupakan salah satu kekuatan penceramah untuk mendorong pendengar mendapatkan ilmu melalui ceramah bahasa Melayu.


 
ABSTRACT

The element of humor which is commonly used during the motivational talks could be a viable and challenging subject of research in Malay language. In fact it plays a vital role to deliver advises implicitly and it does not merely for the purposes of making jokes and humor. This study discusses in detail about the noticeable humorous element which is delivered by renowned motivator, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. The data for this research is derived from three motivational books which are; Menangani Stress, Mengenal Peribadi Anda yang Sebenar dan Petua untuk Sentiasa Ceria. Speeches are transformed into transcriptional text and meticulously analyzed by examining the frequent element of humor. The element has been identified based on nine sorts of humor, using the approach introduced by Abdul Rahman Abdul Aziz (2007); humorous comment, jokes, humorous performance, cynical quotes and dramatic narrative. Furthermore, the identified humorous element is analyzed with the approach pioneered by Nik Safiah Karim (2009). The analysis of this research focuses on Malay part of speech; comprises of nouns, verbs, adjectives and function words. The part of speech plays its significant function as the element of humor as well as projection of ideas during the talk. In general this research has managed to testify the element of humor as the main source of attraction and it could even be the strength for the motivator, capturing the attention of audiences to attend the talks and to gain knowledge through the Malay talk programs.  


Melalui tugasan ini ana semakin menghargai erti kesabaran...
Memahami dunia seorang mahasiswa...
Dan yang paling penting, mengerti  untuk mendapatkan sesuatu kita harus berusaha dengan keras...
Walhamdulillah..(n.n)

No comments:

Post a Comment